home profile Affiliates Facebook Iluvislam follow
Bulatan Gumbira
Monday 11 February 2013 @ 11:10:00 pm | 0 individual(s)
Assalamualaikum semua, malam ni diri ini rasa terpamggil untuk membuat satu kejutan untuk pembaca xetai blog ini .."eh ada ka?" oke,, perasan jap. :)) oke,, berdasarkan tajuk besar tuu ada sapa-sapa faham apa tuu bulatan gembira .. sapa tau angkat tangan n jawab dalam hati. :)) nak mula dah ni, bismillahirahmanirahim . ada sorang tanya melalui sms . soalannya berbunyi gni . "mcm mana aurat kamu dgn kawan non muslim ?"  dgn santai menjawab pakai tudung bila keluar dari  bilik n ke tandas.. n another conversation continue until i cannot answer the question n dia suruh tanyakan naqibah di kolej, so here some article i think its useful to us especially yang tinggal di hostel. like me *peace*


so here we gooooo!!


Soklan yg pertama yg berkaitan dengan aurat antara muslimah dengan perempuan non muslim, seperti mana yg kita maklum aurat muslimah dengan perempuan non malay sama dengan aurat antara muslimah dengan lelaki ajnabi/ bukan mahram. Tapi ana nak mintak penjelasan dan pendapat dari k.nur dalam konteks situasi semasa di asrama di tempat ana menuntut sekarang ini yg mane bil student non malay sama byk dengan malay sekarang ini. Di asrama ana tinggal satu aras dengan non malay dan Alhamdulillah tidak sebilik dengan mereka. Dan ana mmg la selalu terserempak dengan mereka apabila keluar bilik dan especially time ke toilet dan kat bilik mandi. Persoalan ana ialah perlukan ana menutup aurat dengan sempurna apabila keluar bilik (untuk ke toilet atau ke bilik mandi) kerana mmg akan terserempak dengan mereka.  Ana ade juga berbincang dan tanye pendapat sahabat ana tentang persoalan ini, tapi sahabat ana mengatakan (dari ustazahnye semasa di sekolah dahulu) ade rukhsah dlm hal tersebut kerana kite mmg xboleh nak elak dari terserempak dengan mereka ( dalam asrama) dan agak susah sedikit jika nak tutup aurat dengan sempurna semasa nak ke toilet/bilik mandi.  


dan ini jawapannyaaa.. :)

Wa’alaikum salam warahmatullah,Alhamdulillah.  Moga Allah perkenankan doa tersebut untuk kita semua.Persoalan yang dikemukakan sudah jelas pada pengetahuan Mawar mengenai khilaf pendapat yang wujud mengenai batas aurat muslimah di hadapan wanita non muslim.Khilaf itu berdasarkan tafsiran berbeza ayat 31 Surah Al-Nur.  Perbahasan secara ilmiah mengenainya sudah banyak dibicarakan di laman-laman web lain. Majoriti fuqaha’ mengatakan aurat muslimah di hadapan wanita non muslim sama seperti aurat di hadapan lelaki ajnabi. Pendapat lain ialah yang mengatakan muslimah boleh berpakaian seperti pakaian biasa yang dipakai di dalam rumah.  Pakaian yang biasa dipakai di dalam rumah ialah baju berlengan pendek, skirt labuh, seluar panjang (bukan ketat), gaun labuh berlengan pendek dan seumpamanya. Pandangan ketiga ialah yang mengatakan sama seperti aurat sesama wanita muslimah yakni selain antara pusat hingga lutut.Bagaimana cara kita memilih antara 3 pendapat di atas?  Untuk membuat keputusan terbaik buat diri kita ialah dengan melihat objektif menutup aurat itu sendiri yakni menjaga maruah dan kesopanan wanita Islam.Oleh itu perlu dilihat kepada akhlak wanita non muslim itu sendiri.  Jika dia seorang yang menjaga kesopanan dan menghormati kita, maka pendapat kedua adalah baik diamalkan agar terangkat perkara yang menyusahkan dari diri kita.Jika wanita non muslim itu seorang yang tidak baik dan sentiasa mencari kelemahan muslimah untuk disebarkan kepada orang lain, maka wajiblah menutup aurat seperti biasa. Apabila menyebut tentang akhlak, isu ini turut terbuka kepada sesama muslimah dan kanak-kanak sekali pun.  Jika wanita Islam atau kanak-kanak sama ada lelaki atau perempuan yang tidak baik, maka tetap wajib menutup aurat seperti biasa di hadapan mereka.  Dibimbangi mereka bercerita tentang aurat kita di hadapan lelaki ajnabi.Lebih-lebih lagi di zaman ‘handphone’ berkamera ini, foto mudah dicuri dan disebarkan kepada orang lain.  Justeru berhati-hati adalah lebih baik.  Namun usah terlalu risau kerana negara kita mempunyai undang-undang yang menjaga kepentingan (maruah) individu.  Ikhlaskan niat berhijab semata-mata kerana Allah, insya Allah, Allah akan sentiasa menjaga kita.Khusus untuk menjawab persoalan ini, saya bertanya pandangan seorang muslimah yang revert dari agama Kristian mengenai persepsinya terhadap aurat wanita muslimah sebelum memeluk Islam.  Ini petikan jawapan yang diberikan dalam Facebook,“Melihat kepada orang sekeliling ingatkan aurat wanita Islam hanyalah rambut..sebab itu kalau nampak orang pakai tudung tapi pakai seksi dan badan terdedah terlintas dalam fikiran “teruknya Islam ni, sangat pentingkan tutup rambut tapi bahagian lain tidak. lebih baik tidak pakai tudung tapi tidak pakai seksi dan tidak dedah badan (sebab orang bukan Islam pun ada juga pakaian “lebih baik” daripada orang Islam)”Saya tinggal di asrama dari sekolah menengah dan matrik, roommate dengan Muslim. kemudian di U, hanya sekejap roommate dengan Muslim. Bukanlah yang menutup aurat betul2 tapi kira oklah. Tidak terfikir apa2 pun bila melihat aurat mereka. Rasa biasa saja. setahu saya rakan2 dan keluarga pun tak fikir apa2. cuma kawan2 saya dan kakak saya pernah cakap dengan saya tentang kawan Muslim mereka yang bila buka tudung, rambut bau semacam..”
Muslimah tersebut boleh dikunjungi di blognya .Melihat kepada pandangan yang dikemukakan di atas, rasional untuk memperhatikan moral yang baik di kalangan wanita non muslim adalah relevan sebelum memilih mengamalkan pendapat kedua.Mengenai komen non muslim yang merungut tentang kebersihan muslimah selepas membuka tudung, kita sama-sama mengambil iktibar untuk menjaga kebersihan diri sesuai tuntutan Islam agar muslimah cantik bukan semata-mata kerana berhijab.  Semoga ia menjadi dakwah secara amalan kepada non muslim.Amalkan memakai tudung selepas rambut dikeringkan.  Jika rambut basah dan perlu keluar segera, pakai minyak rambut terutama yang diperbuat dari minyak zaitun. Insya Allah, rambut tidak berbau hapak dan juga mengelakkan dari berbuah.  Menggunakan pengering rambut adalah tidak digalakkan kerana akan merosakkan rambut.  Boleh guna jarang-jarang sekali sahaja.Kesimpulannya ialah dalam situasi yang dihadapi kebanyakan pelajar sekarang di Malaysia, harus bagi pelajar muslimah berpakaian biasa di dalam kawasan asrama di hadapan pelajar non muslim KECUALI didapati secara jelas bahawa mereka tidak amanah dalam menjaga maruah pelajar muslimah.Wallahua’lam.Ummu Abbas
oke, till see next gossips,oppss!! not gossips girl, but gossips about life n akhirat. :D harap2, sapa2 yang membaca ni adalah sedikit pengetahuan kan, aku pun dapat jugak ilmu baru,.. manalah tau ada org tanya xlah kita gelabah mencari jawapan.. ye ke x? jadi, sama2lah kita cari bulatan gumbira kita ya.. supaya banyak ilmu n pengalaman boleh didapati dalam bulatan gumbira 2. . sama2 kita usaha cari redha Allah. :D
wallahua'lam.
SiBajuPutihRibenBitu

20 year old.
my birthday is 8 november.
this is my personal site.
◄ OLDER POSTS // NEWER POSTS ►
Credits
Layout made by S.Mell
Inspiration from fallingyou
resources from x x x x x.