home profile Affiliates Facebook Iluvislam follow
lets make a change!!
Sunday 9 October 2011 @ 5:05:00 pm | 2 individual(s)
Assalamualaikum....:)

baiklah, setelah berjam2 depan laptop kesayangan,alhamdulillah dapatlah satu ilmu atau satu peringatan yang boleh memberi motivasi kepada diri ini. ya,berbalik kepada tajuk omputeh english tuu. semangat nak tajuk english isi entry BM sepenuhnya.Oke,ilmu di atas di ambil dari FB . jadi jom sama2 kita ambil iktibar,insyaAllah boleh menjadi seorang yang lebih baik(hijrah). Untuk mengubah sikap kita perlukan 3 proses :
>>>TAHU, MAHU dan MAMPU..<<<

✿ Tahu letaknya di akal..
✿ Mahu letaknya di hati..
✿ Mampu letaknya di nafsu..

Untuk tahu, kena ada ILMU tapi ilmu tidak boleh di akal sahaja..perlu ada di hati, mampu mengharungi cabaran dan konsisten..banyak masalah kita berpunca dari SIKAP kita…
Oh saya juga mempunyai sikap yang SANGAT perlu diubah..selamat mengubah semua..:)
 
>> Terima kasih kepada 'dia' kerana tidak pernah BERPUTUS ASA untuk mengubah diri ini..percayalah, aku akan BERUBAH..(✿◠‿◠) <<
 
oleh sebab itu pentingnya kita mempunyai ramai kawan.kawan yang baik2 yang mempunyai sifat2 mahmudah agar diri kita juga terdidik untuk menjadi seoarang yang baik. "dia" merujuk kepada sahabat yang sentiasa memberi peringatan.terima kasih...


 
.Dan saya cukup PERCAYA..sekiranya ingin menjadi baik dan kita mengambil KEPUTUSAN untuk menjadi baik maka Allah akan menghantarkan INSAN yang baik untuk bersahabat dengan kita..✿

>>>TEMAN yang paling BAIK adalah apabila kamu melihat wajahnya..kamu TERINGAT akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ILMU AGAMA, melihat gerak-gerinya teringat MATI..(✿◠‿◠)


 semua nak masuk syurga kan...betul kan? jadi apa perancangan kita untuk dapat masuk ke dalam syurga. pilihan ada ditangan kita semua.^_^

 PILIHAN kamu?

✿ Allah: Mengapa kau melakukan perkara MAKSIAT itu?
✿ Hamba: Ampunkan aku wahai Tuhan, aku LALAI termakan HASUTAN syaitan yang terkutuk..
✿Syaitan: Mengapa kau mencela aku sedangkan kau punya PILIHAN untuk tidak berbuat perkara itu, maka tanggunglah kini JANJI Allah yakni AZAB yang sangat PEDIH..

Rasulullah SAW pernah bersabda :
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi SAW bersabda : “Jalan ke SYURGA dibentangi dengan perkara yang tidak disukai manakala jalan ke NERAKA dibentangi dengan syahwat.”
(HR. Bukhari dan Muslim)

>>> Jalan mana menjadi PILIHAN kamu? Syurga? PIMPIN saya bersama..semoga ALLAH merahmati..(✿◠‿◠)
 kesimpulannya.jangan pernah takut untuk berubah.kepada yang telah berhijrah,,tahniah saya ucapkan semoga beristiqamah dalam beribadah kepada Allah,dan kepada yang belum,ayuh gagahkan diri untuk melangkah ke arah yang baru.semoga kita dikuatkan.insyaAllah.(✿◠‿◠)
credit:kak Haslinda Alias..
shukran,terima kasih,xie xie,salamat po...^_^

SiBajuPutihRibenBitu

20 year old.
my birthday is 8 november.
this is my personal site.
◄ OLDER POSTS // NEWER POSTS ►
Credits
Layout made by S.Mell
Inspiration from fallingyou
resources from x x x x x.