home profile Affiliates Facebook Iluvislam follow
Sebagai Perkongsian
Saturday 6 August 2011 @ 7:38:00 pm | 0 individual(s)
Malam 1 - keluar dosa-dosa
orang mukmin pada malam
pertama sepertimana ia baru
dilahirkan, mendapat
keampunan dari Allah.
Malam 2 - diampunkan dosa-
dosa orang mukmin yang
sembahyang terawih serta kedua
ibubapanya (sekiranya mereka
orang beriman)
Malam 3 - berseru Malaikat di
bawah ‘Arasy supaya kami
meneruskan sembahyang
terawih terus menerus semoga
Allah mengampunkan dosa
engkau.
Malam 4 - memperolehi pahala
ia sebagaimana pahala orang-
orang yang membaca kitab-kitab
Taurat, Zabur, Injil dan Al-
Quran.
Malam 5 - Allah kurniakan
baginya pahala seumpama orang
sembahyang di Masjidilharam,
Masjid Madinah dan Masjidil
Aqsa.
Malam 6 - Allah kurniakan
pahala kepadanya pahala
Malaikat-malaikat yang tawaf di
Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat
sekali tawaf), serta setiap batu-
batu dan tanah-tanah
mendoakan supaya Allah
mengampunkan dosa-dosa
orang yang mengerjakan
sembahyang terawih poda
malam ini.
Malam 7 - Seolah-olah ia dapat
bertemu dengan Nabi Musa
serta menolong Nabi
‘Alaihissalam nenentang musuh
ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 - Allah mengurniakan
pahala orang sembahyang
terawih sepertimana yang telah
dikurniakan kepada Nabi Allah
Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 - Allah kurniakan
pahala dan dinaikkan mutu
ibadat hambanya seperti Nabi
Muhammad S.A.W.
Malam 10 - Allah
Subhanahuwata’ala
mengurniakan kepadanya
kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 - Keluar ia daripada
dunia (mati) bersih daripada
dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 - Datang ia pada hari
Qiamat dengan muka yang
bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 - Datang ia pada hari
Qiamat dalam aman sentosa
daripada tiap-tiap kejahatan dan
keburukan.
Malam 14 - datang Malaikat
menyaksikan ia bersembahyang
terawih, serta Allah tiada
menyesatkannya pada hari
Qiamat.
Malam 15 - Semua Malaikat
yang menanggung ‘Arasy, Kursi,
berselawat dan mendoakannya
supaya Allah
mengampunkannya.
Malam 16 - Allah
subhanahuwata’ala tuliskan
baginya terlepas daripada neraka
dan dimasukkan ke dalam
Syurga.
Malam 17 - Allah kurniakan
orang yang berterawih
pahalanya pada malam ini
sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 - Seru Malaikat : Hai
hamba Allah sesungguhnya Allah
telah redha kepada engkau dan
ibubapa engkau (yang masih
hidup atau mati)
Malam 19 - Allah
Subhanahuwata’ala tinggikan
darjatnya di dalam Syurga
Firdaus.
Malam 20 - Allah kurniakan
kepadanya pahala sekelian
orang yang mati syahid dan
orang-orang solihin.
Malam 21 - Allah binakan
sebuah istana dalam Syurga
daripada nur.
Malam 22 - Datang ia pada hari
Qiamat aman daripada tiap-tiap
dukacita dan kerisauan (tidaklah
dalam keadaan huru-hara di
Padang Masyar).
Malam 23 - Allah
Subhanahuwataala binakan
kepadanya sebuah bandar di
dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 - Allah buka peluang
24 doa yang mustajab bagi orang
berterawih malam ini, (elok
sekali berdoa ketika dalam
sujud)
Malam 25 - Allah Taala
angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 - Allah kurniakan
kepada orang berterawih pahala
pada malam ini seumpama 40
tahun ibadat.
Malam 27 - Allah kurniakan
orang berterawih pada malam ini
ketangkasan melintas atas titian
Sirotolmustaqim seperti kilat
menyambar.
Malam 28 - Allah
Subhanahuwataala kurniakan
kepadanya pahala 1000 darjat di
akhirat.
Malam 29 - Allah
Subhanahuwataala kurniakan
kepadanya pahala 1000 kali haji
yang mabrur.
Malam 30 - Allah
Subhanahuwataala beri
penghormatan kepada orang
berterawih pada malam terakhir
ini yang teristimewa sekali, lalu
berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala
jenis buah-buahan yang engkau
ingini hendak makan di dalam
syurga, dan mandilah engkau
dariapda air syurga yang
bernama Salsabila, serta
munumlah air daripada telaga
yang dikurniakan kepada Nabi
Muhammad S.A.W. yang
bernama ‘Al-Kauthar’."
SiBajuPutihRibenBitu

20 year old.
my birthday is 8 november.
this is my personal site.
◄ OLDER POSTS // NEWER POSTS ►
Credits
Layout made by S.Mell
Inspiration from fallingyou
resources from x x x x x.